Anda suka beli air dari mesin layan diri? Baca pendedahan ini selepas sampel dari air itu diuji.. | Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan.
Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari.
Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens - jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat.
Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan.
Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain.